Akademi Binaan Malaysia ( ABM )

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN BERTAULIAH CIDB MALAYSIA

abm wilayah utara  sintok

ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan Malaysia.Terdapat 6 ABM di seluruh Malaysia.

ABM Wilayah Utara terletak di Sintok Kedah Darulaman berdekatan dengan UUM Sintok.

Kemudahan latihan yang lengkap dan terbaik.

Pusat latihan CIDB (ABM) menyediakan kemudahan lengkap,terutama untuk pelatih yang menjalani kursus kemahiran.Antaranya,bengkel dan kelas dilengkapi dengan peralatan secukupnya,kemudahan asrama,makan dan minum percuma (untuk pelatih di bawah program latihan kemahiran belia),kemudahan riadah dan surau.

LATIHAN KEMAHIRAN DI ABM.

Program Latihan Kemahiran Pekerja Binaan (Personal Binaan)

Untuk memastikan supaya kerja pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti.CIDB menggalakkan supaya semua pekerja binaan sedia ada yang tiada kemahiran supaya menjalani latihan kemahiran di ABM.

Pekerja yang berjaya menamatkan latihan kemahiran ini akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka.

Program Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah.

Terbuka kepada golongan belia berumur antara 16 tahun hingga 35 tahun.Latihan kemahiran yang disediakan membolehkan mereka memulakan kerjaya dibidang industri pembinaan yang kian berkembang maju.

Program Akreditasi Kemahiran CIDB.

Untuk diakreditasi,pekerja perlu membuat pendaftaran di pejabat-pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran.Tiada bayaran dikenakan.

Kursus sepenuh masa,separuh masa dan hujung minggu.Kursus ditaja sepenuhnya oleh CIDB.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami :

Koordinat Garmin GPS  :

N 06° 27.100′

E 100° 31.807′

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara

Lot 2991 & 2992 Jalan Sintok-Padang Sanai

06010 Sintok,Kedah Darulaman.

Cari saya di facebook :  Klik utk ke FB   atau   WhatsApp : 018-959 7084  ( zuber )

SEKITAR PENDAFTARAN PELATIH BARU

Abm utara