Update

Sorry lama tak update blog abm utara..Utk pengetahuan semua,saya akan menganjurkan kursus Pemasangan Penghawa Dingin pada 18,19,20 & 26,27 September 2014..5 hari sahaja,syarat mesti ada kad hijau cidb.dpt elaun kehadiran rm100.00. BerMinat@ maklumat lanjut wasap 018-959 7084

 

 

By AbmUtara Posted in Uncategorized

Blog Abm Utara Sintok,Kedah D/A

Selamat Datang Ke Blog Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Sintok Kedah

JOM MASUK ABM

ILMU KEMAHIRAN ADALAH SATU PELABURAN UNTUK MASA HADAPAN

Note : Kepada sesiapa yg berminat dgn kursus Pemasangan Penghawa Dingin cpt2 wasap saya.Kursus bermula Januari 2015. 018-959 7084 – zuber @ boleh isi form kat bawah.

Kerjaya Anda Bermula Di Sini

Akademi Binaan Malaysia ( ABM )

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN BERTAULIAH CIDB MALAYSIA

abm wilayah utara  sintok

ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan Malaysia.Terdapat 6 ABM di seluruh Malaysia.

ABM Wilayah Utara terletak di Sintok Kedah Darulaman berdekatan dengan UUM Sintok.

Kemudahan latihan yang lengkap dan terbaik.

Pusat latihan CIDB (ABM) menyediakan kemudahan lengkap,terutama untuk pelatih yang menjalani kursus kemahiran.Antaranya,bengkel dan kelas dilengkapi dengan peralatan secukupnya,kemudahan asrama,makan dan minum percuma (untuk pelatih di bawah program latihan kemahiran belia),kemudahan riadah dan surau.

LATIHAN KEMAHIRAN DI ABM.

Program Latihan Kemahiran Pekerja Binaan (Personal Binaan)

Untuk memastikan supaya kerja pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti.CIDB menggalakkan supaya semua pekerja binaan sedia ada yang tiada kemahiran supaya menjalani latihan kemahiran di ABM.

Pekerja yang berjaya menamatkan latihan kemahiran ini akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka.

Program Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah.

Terbuka kepada golongan belia berumur antara 16 tahun hingga 35 tahun.Latihan kemahiran yang disediakan membolehkan mereka memulakan kerjaya dibidang industri pembinaan yang kian berkembang maju.

Program Akreditasi Kemahiran CIDB.

Untuk diakreditasi,pekerja perlu membuat pendaftaran di pejabat-pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran.Tiada bayaran dikenakan.

Kursus sepenuh masa,separuh masa dan hujung minggu.Kursus ditaja sepenuhnya oleh CIDB.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami :

Koordinat Garmin GPS  :

N 06° 27.100′

E 100° 31.807′

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara

Lot 2991 & 2992 Jalan Sintok-Padang Sanai

06010 Sintok,Kedah Darulaman.

Cari saya di facebook :  Klik utk ke FB   atau   WhatsApp : 018-959 7084  ( zuber )

SEKITAR PENDAFTARAN PELATIH BARU

Abm utara

 

Kursus Kemahiran Elektrik – Hujung Minggu -

  Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan-Elektrik ( BWI )

Belajar teori dan amali-Ada Modul

Berumur 19-55 tahun & Warganegara Malaysia

Memiliki Kad Hijau CIDB ( Kalau tiada boleh isi Borang UPP1 Pin.2008 )

Pengalaman kerja sekurangnya  6 bulan.

Yuran Berpatutan

Kursus Cuma 5 hari ( boleh buat hari cuti )

Dapat Sijil SKK CIDB

Boleh sambung belajar kursus Pendawai 1 Fasa PW2

Asrama disediakan tetapi perlu maklum terlebih dahulu.

**Jika anda adalah bekas pelatih Abm dan telah tamat selama 6 bulan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,anda juga boleh memohon untuk mengikuti kursus Elektrik (BWI).

Contohnya anda telah belajar secara sepenuh masa kursus Air-Cond,selepas 6 bulan anda tamat kursus di abm, anda boleh mohon untuk kursus Elektrik BWI ini.

Ya , Saya Berminat Untuk Mengikuti Kursus BWI : ( Umur 19 Tahun – 55 Tahun Sahaja )

LogoMySkillsMalaysia2e

KAD HIJAU / KAD PEKERJA BINAAN :

Apa itu Kad Hijau ?

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Keistimewaan,anda dilindungi insuran Takaful Berkelompok  CIDB selama 2 tahun.Yuran  cuma          RM 50.00

imagescidb

Banyak faedah jika memiliki Kad Hijau ni. Mohon Sekarang !!!

- PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK

1. Pendahuluan

Personel Binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

2. Skop Perlindungan

2.1 Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja.

2.2 Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia.

2.3 Amaun Manfaat adalah seperti berikut:

SKOP MANFAAT            AMAUN MANFAAT (RM)

Kematian (Akibat Kemalangan)            21,500.00

Kematian (Akibat sakit)                        3,000.00

Belanja Pengkebumian                          500.00

Keilatan Kekal (Akibat Kemalangan)   18,000.00

Keilatan Kekal Seluruh Badan (Akibat Sakit) 3,000.00

Manfaat Wad Hospital (Akibat Kemalangan) (maksima)    25.00/hari (maksima 30 hari)

3. Syarat-syarat Tuntutan manfaat Perlindungan

3.1 Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 dengan lengkap.

3.2 Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.

3.3 Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Hijau masih sahlaku dan umur dari 65 tahun.

3.4 Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Hijau melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara.

4. Penutup

4.1 Pemegang Kad Hijau dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja ataupun di luar waktu bekerja.

Pemilik Kad HIjau boleh berkursus kemahiran PERCUMA!! dengan Abm

abm1 1

DSCF3456E

exam pw2

Ingin mengikuti kursus tapi tiada Kad Hijau?? Sila download Borang Kad Hijau,isi dengan lengkap dan pos kepada saya.

WhatsApp / Sms : 018-959 7084  ( zuber )  Mohon Sekarang !!!

email : dexzuber@gmail.com

Waktu terbaik nak call saya 6.00 ptg-10.00 mlm. Sms/WhatsApp anytime.

Jika anda tidak memiliki kad hijau,anda mesti download borang kad hijau UPP1. Isi dengan lengkap dan pos kepada saya.
Sertakan sekeping gambar ukuran passport dan salinan kad pengenalan.
Pada ruang WARIS sila isi dgn lengkap ( ramai tidak isi–ini ialah penama insuran anda !! )

Pos kepada saya :

Muhd Zuber Bin Abdul Rahman
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992 Jalan Sintok-Padang Sanai
06010 Sintok,Kedah Darulaman.

**Jika anda adalah bekas pelatih Abm dan telah tamat selama 6 bulan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,anda juga boleh memohon untuk mengikuti kursus Elektrik (BWI).

**WhatsApp ialah satu software yang membolehkan anda menghantar pesanan teks,mms secara percuma. (Nokia,Android-phone) Tak perlu nk bimbang kredit abis..tumpang aja mana2 wifi kalau enset tiada pakej internet!!!.

Hotlink FREE Internet

-SELAMAT TAHUN BARU 2014-